PM hulur sumbangan bantu tampung kos perubatan adik Tasnim
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada bapa kanak-kanak berkenaan iaitu Mohammad Raji Musa di kediaman mereka di Sungai Buloh, Selangor.
"Bagi meringankan beban yang dihadapi, saya telah menyerahkan sumbangan untuk menampung kos perubatan kepada bapa Tasnim iaitu saudara Raji," katanya.
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri menziarahi kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang diklasifikasikan sebagai hilang upaya kekal.
Anwar turut mendoakan semoga urusan adik Tasnim dan keluarganya dipermudah. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!