Situasi di Asia Barat stabil, tiada keperluan pindah rakyat Malaysia

Wisma Putra
Wisma Putra
A
A
A

SHAH ALAM - Situasi semasa di Asia Barat kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati setakat hari ini.

Mengesahkan perkara itu, Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara tetap menjadi keutamaan kerajaan.

Justeru menurutnya, pada masa ini tiada keperluan pemindahan pulang rakyat Malaysia termasuk pelajar Malaysia di rantau berkenaan.

“Bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya menghadapi situasi kecemasan, Kementerian Luar Negeri menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan.

“Ini untuk memantau perkembangan di rantau ini dari masa ke masa,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu..

Dalam pada itu, KLN turut menggesa semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan tersebut untuk berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.

Menurutnya, penting untuk mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara-negara terlibat.

“Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di negara yang berdekatan.

Artikel Berkaitan:

“Ini akan memudahkan komunikasi dan bantuan dalam situasi kecemasan,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!