Fahmi rakam takziah pemergian bapa Arthur
SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah buat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup di atas pemergian bapanya pada Rabu.
Fahmi berkata, pihaknya turut menzahirkan harapan agar keluarga mendiang Tan Sri Joseh Kurup terus tabah dan sabar dengan kehilangan insan tersayang.
“Khusus buat Datuk Arthur yang juga merangkap ahli Parlimen Pensiangan dan keluarga, saya rakamkan ucapan takziah.
“Semoga keluarga mendiang terus tabah dan sabar berdepan kehilangan ini,” katanya ringkas menerusi hantaran di platform X.
Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada jam 6.22 petang.
Berita duka tersebut dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum disahkan sendiri oleh kakitangan anaknya, Arthur.
Mendiang yang berusia 80 tahun sebelum ini merupakan Presiden PBRS sejak penubuhan pada tahun 1994 lalu, namun telah melepaskan jawatan berkenaan kepada anaknya tahun lalu.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!