Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun- MetMalaysia
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam Rabu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa itu terletak di 33.2 darjah utara dan 132.4 darjah timur iaitu 73km timur dari Oita, Jepun dengan kedalaman 46 kilometer (km).
"Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan malam Rabu. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!