Larian pengikat kasih seorang ayah, anak

Paparan Facebook Fazly Hafiz Yahaya mencuri perhatian netizen.
Paparan Facebook Fazly Hafiz Yahaya mencuri perhatian netizen.
A
A
A

KUALA PERLIS - Seorang bapa sanggup berlari bersama anaknya menyertai kejohanan merentas desa Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai, Kuala Perlis hingga ke garisan penamat.

Momen tersebut dirakam oleh seorang guru, Fazly Hafiz Yahaya sebelum dimuat naik ke Facebook hingga tular di laman sosial.

Fazly memuat naik kapsyen, "Definisi kasihnya seorang ayah. Di hari-hari terakhir persiapan Kejohanan Merentas Desa SK Seberang Ramai, Kuala Perlis."

Beliau memberitahu, laluan merentas desa bukan untuk murid tahap satu, namun demi mencabar diri, murid tahun tiga sekolahnya telah sedaya upaya menghabiskan lariannya.

Menurutnya, ada pula ayah yang mengikut dari belakang tanpa rasa jemu memberi kata-kata semangat buat kepada anaknya.

Menariknya kisah itu, demi memastikan anak tersebut tidak berputus asa, si bapa sanggup memberhentikan motosikalnya untuk sama-sama beriringan berlari sehingga ke garisan penamat.

"Larian bersama yang dipenuhi dengan rasa gembira demi menyelesaikan misi bersama iaitu melepasi garisan penamat.

"Ini larian yang nyata tidak ambil peduli perihal menang atau kalah. Hanya larian pengikat kasih antara seorang ayah dan anak," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Kisah penuh inspirasi itu membuatkan netizen kagum dengan kehebatan si bapa dan anak yang tidak kenal erti putus asa selain memberi sokongan antara satu sama lain.

Netizen juga mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!