'City sepatutnya tewaskan Real sebelum penentuan penalti'

Guardiola. Foto EPA
Guardiola. Foto EPA
A
A
A

PEP Guardiola tidak menyesal biarpun impian Manchester City untuk meraih kejuaraan treble berturut-turut tidak kesampaian apabila tewas 4-3 menerusi penentuan penalti kepada Real Madrid dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

City bangkit daripada ketinggalan dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Etihad menerusi jaringan Kevin De Bruyne pada minit ke-76 membatalkan gol pembukaan Rodrygo pada awal separuh masa pertama.

Walaupun City menguasai perlawanan, namun mereka gagal menyudahkan peluang dan Real bertahan sehingga tamat masa tambahan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Luka Modric gagal menyempurnakan sepakan penalti pertama Real dan menyaksikan City mungkin berpeluang melangkah ke separuh akhir.

Namun, segalanya berubah apabila Bernardo Silva dan Mateo Kovacic gagal untuk menewaskan penjaga lawan, Andriy Lunin dan Antonio Rudiger menyempurnakan penalti kemenangan untuk Real.

Pep Guardiola mengucapkan tahniah kepada Real dan berkata City sepatutnya menewaskan Real sebelum penentuan sepakan penalti.

“Begitulah keadaannya, kadangkala anda menang menerusi sepakan penalti dan kadangkala tidak. Kami sepatutnya menang sebelum itu berdasarkan cara kami bermain.

Artikel Berkaitan:

“Saya sama sekali tidak menyesal – kami melakukan segala-galanya secara menyerang dan bertahan. Bola sepak adalah mengenai menjaringkan gol dan mereka melakukannya dengan lebih baik daripada kami dari sepakan penalti.

"Mereka berada di separuh akhir dan kami tidak. Saya perlu berkata dari hati saya, terima kasih kepada pemain saya," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!