Kematian lelaki Orang Asli tiada unsur jenayah

 Seorang lelaki Orang Asli ditemukan meninggal dunia di Kampung Sekin, dekat Batu 9 di sini pada Rabu.Gambar hiasan
Seorang lelaki Orang Asli ditemukan meninggal dunia di Kampung Sekin, dekat Batu 9 di sini pada Rabu.Gambar hiasan
A
A
A

LIPIS - Seorang lelaki Orang Asli ditemukan meninggal dunia di Kampung Sekin, dekat Batu 9 di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, mangsa, Johan Les, 37, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis.

Menurutnya, pihak polis menerima aduan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 2 petang.

"Berdasarkan kenyataan pengadu, mangsa dipercayai telah ke hutan berhampiran kampung tersebut bersama isterinya untuk mencari rotan.

"Mangsa keletihan dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke rumahnya dengan bantuan penduduk kampung sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar beliau, pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa oleh pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan atau unsur jenayah mahu pun kesan serangga haiwan berbisa ke atas badan mangsa.

Jelas Ismail, mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan sebab kematian disahkan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!