Doa istimewa Syafiq Kyle rai lebaran di Tanah Suci

Syafiq tidak menafikan masih berkawan baik dengan Mimi Lana.
Syafiq tidak menafikan masih berkawan baik dengan Mimi Lana.
A
A
A

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini amat berbeza buat aktor kacak, Syafiq Kyle apabila diberi kesempatan untuk meraikannya di Tanah Suci.

Jelas Syafiq, 31, dia mendapat jemputan untuk beribadat di Makkah pada 10 malam terakhir dan menyambut Aidilfitri di Kota Madinah.

“Saya berada di sana selama 10 hari dan sempat sambut raya selama tiga hari di Madinah sebelum pulang ke tanah air pada hari Syawal keempat.

“Tidak boleh kongsi sangat sebab saya pun tidak mampu untuk huraikan semua dengan kata-kata tetapi syukur,” jelasnya.

Diusik mengenai doa yang dititipkan apabila berpeluang berada di Tanah Suci, Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak tidak menafikan menyelit doa hubungannya dengan aktres Mimi Lana.

Bagaimanapun, tegas Syafiq, setakat ini, dia dan Mimi masih berkawan baik dan menyerahkan sepenuhnya urusan jodoh kepada ALLAH SWT.

Barisan pelakon Sheriff bersama pengarah, Syafiq Yusof dan penerbit, Datuk Yusof Haslam.
Barisan pelakon Sheriff bersama pengarah, Syafiq Yusof dan penerbit, Datuk Yusof Haslam.

“Apabila ada pengharapan dalam hati ramai, saya harap sulamkan dengan doa. Saya pun memang tidak berhenti berdoa semasa di Tanah Suci.

Artikel Berkaitan:

“Teruskan berdoa. Kalau saya yang pegang ‘butang’ makbul itu mesti saya sudah makbulkan tapi bukan saya yang pegang,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Filem Sheriff di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Pada majlis tayangan perdana itu, Mimi turut muncul menyaksikan filem terbaharu lakonan Syafiq bersama Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Filem terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara dan Singapura bermula 18 April.

Dalam pada itu, berkongsi pengalamannya membintangi filem arahan pengarah prolifik, Syafiq Yusof, bekas Hero Remaja 2011/12 ini mengakui hampir menolak tawaran yang diberikan.

Jelasnya, selepas terlibat dalam projek Polis Evo 3, Syafiq cuba lari daripada naskhah sama, sebelum dijanjikan dengan sebuah jalan cerita yang berbeza.

“Bila Syafiq beri skrip dan susunan jalan cerita, saya terus rasa tertarik untuk membintangi dan saya rasa filem ini berbeza dengan filem arahannya sebelum ini.

“Saya berterima kasih juga kepada Syafiq kerana percaya dan memberi peluang kepada saya untuk membintangi Sheriff,” katanya yang turut teruja kerana berpeluang bergandingan dengan Zul dan Aaron buat pertama kali.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!