Tun Mahathir cabar kemukakan bukti
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar pihak yang berkenaan untuk mengemukakan bukti dan tidak perlu membawa cerita lain.
Bagaimanapun, beliau menerusi hantaran di aplikasi X tidak mengatakan dengan jelas pihak terbabit.
Katanya, tanpa menunjukkan bukti tuduhan tidak boleh diterima.
"Mana dia kotak-kotak berisi dokumen-dokumen, tunjuklah, oh rahsia, kalau rahsia kenapa buat tuduhan. Membuat tuduhan mudah. Tetapi tanpa bukti tidak boleh diterima.
"Mudah sungguh mendakwa si polan-si polan kaya kerana curi duit namun bukti tidak dapat ditunjuk. Berbulan-bulan, bahkan bertahun sudah berlalu," ujarnya.
Tambah Dr Mahathir, bukti masih tidak ditunjuk walaupun sudah berkali-kali dihadap ke mahkamah.
"Tuduhan dibuat terus, konon ada pihak sembunyi bukti. Yang dikatakan tolong menyembunyi bukti diugut, ditekan.
"Mahu bohong pun perlu tunjuk bukti, tiada bukti pembohongan pun tidak dapat diterima. Duit yang sedikit boleh disembunyi, duit berbillion tidak boleh disembunyi, ia perlu dibelanja," jelasnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!