Pembangunan bukan alasan pinggir rakyat miskin - PM

Anwar melambaikan tangan kepada orang ramai sebelum meninggalkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Johor di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall pada Khamis. Foto Bernama
Anwar melambaikan tangan kepada orang ramai sebelum meninggalkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Johor di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pembangunan pesat yang dipacu negara kini tidak akan bermakna sekiranya nasib rakyat miskin tidak dibela kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira sama kaum Melayu, Cina, India atau Orang Asli perlu diberi perhatian setiap pimpinan.

"Saya dimaklumkan bahawa kini terdapat tak sampai 2,000 keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar kini di Johor.

"Insya-ALLAH, Johor mampu noktahkan kemiskinan tegar dalam masa terdekat. Terima kasih kepada Kerajaan Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang sentiasa membantu golongan miskin tegar ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 bersama Perdana Menteri di Padang Begonia, Angsana Mall Johor Bahru, di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, projek tebatan banjir di Johor perlu diselesaikan supaya dapat meredakan kerisauan masyarakat.

"Di samping itu, beberapa progran lain seperti tebatan banjir perlu diberikan perhatian, kita tidak boleh catat pembangunan pesat jika banjir berlaku.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu tebatan banjir perlu diberi keutamaan dan saya minta terutama pegawai- pegawai memastikan projek itu dipantau agar dapat berjalan dengan cepat umtuk meredakan masalah dihadapi rakyat," ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Johor hari ini tercatat sebagai negeri yang mencatat pertumbuhan amat membanggakan.

"Kejayaan ini adalah kerana pemimpin negeri yang amanah dan bersih. Oleh itu, Johor perlu pastikan jangan wujud golongan yang menyakau dan amalkan rasuah dalam pentadbiran selain beri perhatian kepada semua rakyat termasuk nelayan, pemandu teksi dan buruk untuk terus berjaya.

"Sempena Aidilfitri ini, mari kita angkat martabat negara ini supaya Malaysia terus bangkit menjadi negara hebat di rantau ini.

"Kita perlu catat perubahan baharu dan tinggalkan budaya lama untuk terus maju ke depan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!