Bertemu semula selepas 40 tahun

Zailan (lima dari Kiri,depan) bersama Salehuddin (kanan,depan) dan bekas murid SK LKTP Sungai Tekam yang bertemu semula selepas hampir 43 tahun meninggalkan sekolah tersebut.
Zailan (lima dari Kiri,depan) bersama Salehuddin (kanan,depan) dan bekas murid SK LKTP Sungai Tekam yang bertemu semula selepas hampir 43 tahun meninggalkan sekolah tersebut.
A
A
A

JERANTUT - Seramai 60 bekas murid Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Tekam di sini ceria selepas masing-masing dapat bertemu semula selepas hampir 43 tahun meninggalkan sekolah itu pada Majlis Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Lebih istimewa, majlis yang berlangsung di Dewan Semai bakti Felda Sungai Tekam di sini itu turut dihadiri tiga bekas guru sekolah berkenaan yang sudah dimamah usia.

Pengerusi Alumni Persatuan Bekas Pelajar SK LKTP Sungai Tekam, Zailan Shahbudin, 55, berkata, majlis yang julung kalinya itu mengimbau kenangan kerana menemukan semula bekas murid sekolah rendah tahun 1981.

"Setelah habis belajar darjah enam tahun 1981, kebanyakan kita menyambung pelajar di sekolah menengah berhampiran dan ramai juga kembali ke negeri asal ibu bapa masing-masing seperti Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain.

"Sejak itu, ramai daripada kami tidak pernah bersua muka dan hanya berjumpa semula setelah 43 tahun di mana ramai sudah beranak cucu dan pelbagai kerjaya," kata beliau yang bergelar kontraktor utama minyak dan gas Petronas.

Sementara itu, Setiausahanya, Norhayati Gusni,55, memberitahu, idea itu tercetus selepas mereka berjaya menjejaki semula rakan lama sebelum satu kumpulan WhatsApp dibuat.

"Kami sangat gembira dapat bersua dengan bekas guru seperti Cikgu Salehudin Mat Rasad seorang guru Bahasa Melayu dan Geografi dan guru silat yang mengajar kami berpencak," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!