Tiada lagi ulang tayang Piala FA
PERSATUAN Bola Sepak England mengumumkan seluruh video ulang tayang perlawanan Piala FA dari perlawanan pusingan pertama akan dibatalkan mulai musim depan, menerusi kemas kini laman X Emirates FA Cup,
Pemansuhan video ulang tayang ini merupakan langkah baru dari FA England dan Liga Perdana Inggeris (EPL), yang akan menyaksikan tambahan duit sebanyak 33 juta pound (RM196 juta) untuk bola sepak akar umbi dari liga teratas setiap musim.
Keputusan itu dipengaruhi dan dipersetujui berdasarkan pertandingan dari Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), yang semakin diperluaskan.
Selepas ini, semua pusingan perlawanan akan dimainkan pada hujung minggu, dengan fasa kelima telah berpindah ke pertengahan minggu untuk lima musim terakhir.
Perlawanan akhir Piala FA itu akan dimainkan pada minggu kedua terakhir musim liga, iaitu pada hari Sabtu tanpa perlawanan liga utama berlangsung pada hari yang sama. - Stadium Astro
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!