200,000 permohonan e-Tunai Rakyat setakat tengah hari

Lim Guan Eng ketika sidang media mengenai Pengumuman Pelancaran Inisiatif e-Tunai Rakyat di Kementerian Kewangan. -Foto Bernama
Lim Guan Eng ketika sidang media mengenai Pengumuman Pelancaran Inisiatif e-Tunai Rakyat di Kementerian Kewangan. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 200,000 permohonan e-Tunai Rakyat diterima kerajaan menerusi tiga pengendali e-dompet setakat tengah hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah itu, 100,060 permohonan sudah diluluskan.

"Angka ini setakat tengah hari ini," katanya.

Menurutnya, angka tersebut sekali gus menafikan laporan akhbar tempatan berbahasa Cina bahawa program tersebut tidak mendapat sambutan.

"Ia tidak benar. Kita akan keluarkan angka bagi tempoh 24 jam esok," katanya.

Sementara itu, Guan Eng mengarahkan pegawainya berhubung semula dengan pengendali Touch and Go berikutan aduan rakyat berdepan dengan masalah pengoperasian sistem.

"Hang lagi ke? Tadi saya dimaklumkan sudah okay. Kali ini kita mesti marah mereka," selorohnya.

ARTIKEL BERKAITAN: E-Tunai RM30 diagihkan mulai esok

Artikel Berkaitan:

PH hulur bantuan kepada negeri pembangkang: Guan Eng

E- Tunai Rakyat merupakan program pemberian RM30 kepada 15 juta individu berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Ia boleh dituntut menerusi aplikasi Touch and Go, Grab dan Boost bermula jam 8 pagi tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!