Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah tular untuk siasatan

19 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 19 APRIL 2024

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang bertindak menutup sementara tapak pelupusan sampah haram di Jalan Pintasan Rumpun Makmur ke Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang, ekoran isu pembuangan beras dan beberapa barang keperluan yang tular di laman sosial sejak Khamis.

Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata, penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, tapak pelupusan sampah seluas 0.1 hektar itu disediakan untuk kegunaan penduduk sejak tahun 2014 lalu namun tidak dilesenkan melalui SWCorp.

Sharudin berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan isu tular pembuangan sampah di lokasi tersebut melalui laman sosial Facebook pada Khamis.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah melaksanakan operasi penguatkuasaan sampah haram dan memasang pita penghalang serta papan tanda amaran larangan membuang sampah haram di lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SWCorp #lokasilambakanberassardintepungdibuang