SPNB bina 6,600 Rumah Mesra Rakyat tahun ini

Husam (tengah) menyerahkan replika kunci kepada pemilik RMR, Shamsida Ghazali (dua dari kiri) pada Jumaat
Husam (tengah) menyerahkan replika kunci kepada pemilik RMR, Shamsida Ghazali (dua dari kiri) pada Jumaat
A
A
A

DUNGUN - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 6,600 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di seluruh negara di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada tahun ini.

Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,500 unit RMR 1.0 dan 3,100 unit RMR 2.0 akan disiapkan melibatkan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM560 juta.

"Program RMR ini diwujudkan bagi membantu golongan sasar yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.

"Harga bagi setiap unit RMR adalah bermula dari RM75,000 mengikut kawasan dan subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah.

"Ini bermakna bayaran bulanan untuk program RMR kekal seperti sedia kala iaitu serendah RM300 sebulan selama hingga 16 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar Penyerahan Kunci RMR Peringkat Parlimen Dungun di Kuala Paka Sungai Gemuruh dekat sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Husam menyatakan syarat kelayakan pemohon mendapatkan RMR 1.0 dan RMR 2.0 adalah sama.

Husam (kiri) beramah mesra dengan pemilik RMR, Shamsida Ghazali
Husam (kiri) beramah mesra dengan pemilik RMR, Shamsida Ghazali

Menurutnya, ia termasuk pendapatan bulanan seisi rumah iaitu tidak melebihi RM5,000 dan pemohon layak mendapat subsidi kerajaan sebanyak RM20,000.

"Perkara yang membezakan pemohon RMR 1.0 dan RM2.0 adalah dari segi cagaran tanah dan tempoh menunggu giliran.

"Pemohon RMR 1.0 perlu mencagarkan tanah mereka kepada SPNB untuk pinjaman sebanyak RM55,000 selama 16 tahun tetapi kelulusannya mengikut giliran.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, bagi pemohon RMR 2.0 pula baki bayaran pembinaan rumah RM55,000 selepas subsidi perlu dibayar secara tunai kepada SPNB di mana pemilik tidak perlu mencagar tanah selain proses pembinaan lebih cepat kerana tidak perlu menunggu giliran," jelasnya.

Dalam pada itu, Husam berkata, pihaknya telah berjaya membina 64,657 unit RMR seluruh negara sejak diperkenalkan pada tahun 2022 sehingga bulan Mac 2024.

Katanya, SPNB juga telah berjaya membina sebanyak 8,873 unit RMR di seluruh Terengganu.

"Kita sentiasa memberikan komitmen bagi memastikan projek-projek penyediaan perumahan kepada seluruh rakyat yang merupakan di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberi keutamaan.

"Ini bagi memastikan usaha memperkasa agenda perumahan serta kesejahteraan seluruh rakyat menerusi kerangka Malaysia Madani," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!