Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pembantu kedai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah harta syarikat melibatkan kerugian lebih RM200,000 tahun lepas.

Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Menurut kertas pertuduhan, Mohamad Rizal yang ketika itu merupakan pengurus kedai, secara curangnya telah menggunakan wang syarikat berjumlah RM204,603.60 yang diamanahkan kepada beliau untuk kepentingan sendiri.

Kesalahan itu didakwa berlaku di 7-Eleven Jalan Bagan Ajam di sini, 3.40 petang pada 23 Jun, 2023.

Kes dikemukakan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun, sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei ini untuk lantikan peguam.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!