Polis siasat kes kanak-kanak dicederakan anak jiran pengasuh

Keadaan mangsa selepas dipercayai dicederakan oleh anak jiran pengasuh. Gambar kanan: Kecederaan yang dialami mangsa selepas dipercayai dicederakan oleh anak jiran pengasuh. Foto tular
Keadaan mangsa selepas dipercayai dicederakan oleh anak jiran pengasuh. Gambar kanan: Kecederaan yang dialami mangsa selepas dipercayai dicederakan oleh anak jiran pengasuh. Foto tular
A
A
A

KAJANG - Polis menyiasat kes tular seorang kanak-kanak dicederakan anak jiran pengasuh di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd Nasir Drahman berkata, laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 11 April daripada seorang wanita tempatan iaitu pengasuh kepada kanak-kanak (mangsa) berkenaan.

"Hasil siasatan mendapati kanak-kanak ini cedera dipercayai diperlakukan oleh kanak-kanak yang merupakan jiran kepada pengasuh mangsa.

"Suspek dalam kes ini juga kanak-kanak berusia enam hingga lapan tahun terdiri kira-kira empat hingga lima orang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dilapor alami kecederaan di kaki.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kesalahan penganiayaan pengabaian ke atas kanak-kanak.

"Semua suspek yang terlibat akan diambil keterangan berhubung kejadian," ujarnya.

Tambah Mohd Nasir, orang ramai yang ada maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Tasnim Bin Muhamed Nor di talian 014-6209960 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!