China akui koronavirus mudah berjangkit

Jenis virus pneumonia yang masih tidak diketahui itu dilaporkan dikesan di Wuhan pada awal Januari.
Jenis virus pneumonia yang masih tidak diketahui itu dilaporkan dikesan di Wuhan pada awal Januari.
A
A
A

BEIJING - Pihak berkuasa kesihatan di bandar Wuhan di wilayah Hubei mengakui kemungkinan koronavirus boleh dijangkiti antara manusia kepada manusia meskipun masih belum terdapat bukti yang jelas mengenainya setakat ini, lapor agensi berita Sputnik.

"Buat masa ini, ujian tidak menemui sebarang bukti jelas mengenainya, namun kita tidak mengetepikan kemungkinan faktor manusia boleh menyebabkan jangkitan tetapi risikonya masih rendah," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Antara 41 kes yang disahkan, terdapat kes dalam kalangan ahli keluarga iaitu seorang suami bekerja di pasar tempatan yang menjual hasil laut, lokasi disyaki menjadi sarang virus dan kemudian isterinya pula yang mengunjungi pasar itu.

Semalam, pemangku ketua unit penyakit baharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Maria Van Kerkhove berkata, transmisi virus antara manusia kepada manusia adalah terhad tetapi wabak itu masih boleh merebak dengan pantas.

Jenis virus pneumonia yang masih tidak diketahui itu dilaporkan dikesan di Wuhan pada awal Januari.

Individu yang dijangkiti dilaporkan menunjukkan simptom penyakit radang paru-paru dan penyakit pernafasan akut yang lain.

Ia mencetuskan kebimbangan kemungkinan kemunculan SARS, wabak yang meragut lebih 600 nyawa di China sepanjang 2002 hingga 2003.

Minggu lalu, wabak itu disahkan sebagai sejenis koronavirus baharu.

Artikel Berkaitan:

Pada Sabtu, China mengesahkan kematian pertama di Wuhan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!