Teguran Adam Adli buat Akmal Saleh

Adam Adli (kiri), Muhamad Akmal Saleh
Adam Adli (kiri), Muhamad Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abd Halim mengingatkan rakan sejawatnya dari UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan termasuk menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adam Adli berkata, mereka sentiasa menghormati Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan sentiasa berhati-hati apabila memberi pandangan walaupun dalam isu asas dan mengesankan.

“Apa sangat harganya untuk saudara ambil sikap yang sama terhadap presiden kami, pimpinan utama kita, perdana menteri sendiri.

“Yang disinggung saudara itu presiden kami, perdana menteri kita semua. Mungkin saudara bukan 'walanon' tetapi saudara tetap salah seorang ketua pemuda dalam gabungan parti pemerintah hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini Muhammad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu mempersoalkan kenyataan Anwar yang menyatakan afidavit difailkan Ahmad Zahid untuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan rumah, dibuat atas kapasiti sebagai Presiden UMNO.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menegaskan, Ketua Pemuda UMNO itu sepatutnya menyuarakan pandangan menerusi saluran yang betul sekiranya tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dan bukan secara terbuka sehingga boleh menjejaskan hubungan kerjasama.

Malah beliau menjelaskan, tindakan menimbulkan suasana cenderung memulakan pergeseran tidak membantu dalam mencapai perkara terbaik buat semua pihak.

“Saudara, ada akses luas dan penuh kepada pimpinan sendiri dan pimpinan parti rakan, termasuk perdana menteri kita.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun perkara yang saudara ingin kemukakan mustahil tidak didengari, mustahil tidak dibalas.

“Mungkin saudara ada semangat tinggi untuk membela Najib, itu ikrar saudara yang kita tidak pernah larang kalau pun ada berbeza pandangan," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!