Hospital di Gaza ada zon hitam

Mafeitzeral dalam program Di Sebalik Isu bersama Finaz Yunus dengan tajuk 'Doktor Malaysia saksi kekejaman zionis' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat. Foto SInar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR
Mafeitzeral dalam program Di Sebalik Isu bersama Finaz Yunus dengan tajuk 'Doktor Malaysia saksi kekejaman zionis' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat. Foto SInar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Jika hospital biasa mempunyai zon merah, kuning dan hijau tetapi hospital di Gaza mempunyai zon hitam.

Pakar Perunding Anestesiologi, Sukarelawan EMT Mercy Malaysia, Dr Mafeitzeral Mamat berkata, zon hitam adalah di mana keputusan yang dibuat di zon merah sama ada seseorang mangsa serangan boleh diselamatkan atau tidak.

“Jadi bila kita tahu ada kekangan dari segi hospital dan sistem sokongan seperti katil unit rawatan rapi (ICU), jadi keputusannya terpaksa kita lepaskan mangsa sebagai syahid.

“Bila serangan udara berlaku, 70 peratus yang cedera meninggal dunia selalunya kanak-kanak dan wanita...ini fakta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Di Sebalik Isu bersama Finaz Yunus dengan tajuk 'Doktor Malaysia saksi kekejaman zionis' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Program berkenaan turut menampilkan Pakar Perunding Ortopedik (Subkepakaran Advanced Musculoskeletal Trauma) HTAR Klang, Dr Kamarul Al-Haqq sebagai panelis.

Mafeitzeral yang bertugas sebagai pakar perubatan sukarelawan di Gaza sehingga Mac lalu mengakui sehingga kini dia masih terbayang keadaan mangsa yang cedera akibat dibedil zionis.

Tambahnya, sistem kemudahan perubatan dan rawatan di Gaza 80 peratus musnah, hanya tinggal hospital kecil manakala di Rafah hanya dua hospital yang ada.

Artikel Berkaitan:

“Lazimnya setiap kali ada serangan udara di kawasan Rafah, ambulans kami akan bersiap sedia jika sekiranya terdapat kemungkinan ada mangsa yang cedera perlukan rawatan atau meninggal dunia.

“Kalau lokasi serangan terdekat sejauh 200 meter, kita akan dapat rawat mangsa baharu yang cedera akibat letupan dan kebakaran.

“Ada mangsa yang datang kepada kami dah rentung dan gelap, tapi masih bernyawa dan tercungap-cungap berlumuran darah,bila kita periksa kebanyakan organ utamanya dah rosak dan hancur jadi mangsa akan dibawa ke zon hitam,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!