Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
NEW YORK - Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar Mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sedang berjalan.
Lelaki berkenaan dikenal pasti polis sebagai Max Azzarello berasal dari St Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Menurut Jabatan Polis New York, lelaki berkenaan dilihat tidak menyasarkan Trump atau orang lain yang terlibat di dalam perbicaraan itu.
Polis mengklasifikasikan Azzarello sebagai ahli teori konspirasi.
Saksi berkata, Azzarello telah mengeluarkan risalah dari begnya dan melemparkannya ke udara sebelum dia bertindak menyiram dirinya dengan cecair dan membakar badan sendiri.
Mahkamah di pusat bandar Manhattan itu dikawal ketat oleh polis, menarik ramai penunjuk perasaan hadir sejak hari pertama perbicaraan. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!