Elak bungkus awal

Skuad muda negara yang bakal diketuai Mukhairi Ajmal (kiri) perlu bangkit melakar keputusan positif dalam aksi menentang Vietnam pada Sabtu.
Skuad muda negara yang bakal diketuai Mukhairi Ajmal (kiri) perlu bangkit melakar keputusan positif dalam aksi menentang Vietnam pada Sabtu.
A
A
A

SKUAD negara tiada pilihan lain apabila perlu menang ke atas Vietnam dalam perlawanan kedua Kumpulan D Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha pada Sabtu untuk mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.

Kekalahan dalam aksi pertama berdepan Uzbekistan menyaksikan skuad Harimau Muda berada pada kedudukan tercorot kumpulan dan satu lagi keputusan negatif bakal menyaksikan Malaysia pulang awal daripada kejohanan tersebut.

Namun, atas kertas Vietnam bukan lawan mudah apabila skuad Golden Star Warriors itu tampil dengan kejutan menewaskan Kuwait 3-1 untuk mengungguli Kumpulan D.

Pengendali skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido berkata, pemain negara perlu bersedia untuk menghadapi perlawanan kedua tersebut dan tampil dengan persembahan lebih baik.

Malah, beliau turut membayangkan corak permainan skuad negara akan lebih agresif dalam usaha mencari gol menentang Vietnam.

“Perlawanan menentang Uzbekistan menjadi pengajaran buat kami memperbaiki kelemahan, yang lebih penting kami perlu lebih tajam ketika menyerang dan mencari cara untuk menembusi lawan.

“Pada masa sama, kesilapan pada perlawanan pertama itu kami tidak boleh ulangi lagi,” katanya.

Vietnam dan Uzbekistan ketika ini berkongsi tiga mata di kedudukan pertama serta kedua kumpulan, manakala Malaysia dan Kuwait tanpa sebarang mata di kedudukan ketiga serta keempat.

Artikel Berkaitan:

Jika Vietnam berjaya menewaskan Malaysia dan Uzbekistan berjaya menewaskan Kuwait dalam satu lagi perlawanan, mereka akan mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir.

Namun, jika Malaysia mampu seri dengan Vietnam dan Kuwait juga berjaya mengikat atau menang ke atas Uzbekistan, skuad negara perlu meraih tiga mata ke atas Kuwait dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk terus kekal bagi perebutan slot ke pusingan suku akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!