Model popular umum cerai setelah suami hampir muflis
TOKYO - Seorang model popular di Jepun, Kato Sari dikecam netizen setelah membuat pengumuman bercerai gara-gara suaminya sudah tidak memiliki kekayaan.
Menerusi portal Madeinner Aoguri, kisah model berusia 29 tahun ini menjadi bualan hangat selepas seminggu mendirikan rumah tangga dengan pengurus sebuah syarikat hartanah.
Kato membuat keputusan itu setelah suaminya memberitahu, dia tiada wang untuk menyara dan memberi wang seperti selalu.
Berang dengan situasi itu, Kato membuat keputusan mahu bercerai dan mengeluarkan kenyataan, "Kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit dan saya berkahwin kerana wang".
Sebelum ini, Kato dilaporkan telah membelanjakan sebanyak 100juta Yen (RM3.7 juta) dalam masa tiga bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Lelaki itu membeli cincin pertunangan dengan harga 3 juta Yen (RM111,000) buat Kato.
Bukan itu sahaja, kehidupan serba mewah membuatkan Kato boros dengan membeli barang berjenama hingga membuatkan lelaki itu hampir muflis.
Mereka melangsungkan perkahwinan pada September tahun lalu setelah mula bercinta pada Mei tahun yang sama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!