Hargai pelbagai budaya, bina jambatan pengertian - Steven Sim

Steven Sim
Steven Sim
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat perlu menghargai dan memahami kepelbagaian budaya untuk membina jambatan pengertian dan hormat antara berbagai kelompok masyarakat.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, ia bukan sahaja memelihara warisan nenek moyang, tetapi juga memperkuat ikatan sosial dan memperkaya pemahaman lintas generasi.

"Seperti yang saya selalu tekankan, dalam soal apa pun baik pembuatan dasar, menentukan hala tuju atau memupuk perpaduan, kita tidak boleh hanya tumpu pada 'hardware' (materi) tetapi perlu memberikan perhatian kepada 'heartware' (hati).

"Di sinilah peranan keindahan dan seni budaya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Semalam Steven hadir ke satu jamuan Hari Raya bersama warga Kuala Kubu Baru (KKB) yang dianjurkan bersama dengan Persatuan Sejarah Kuala Kubu Baru(Peskubu) di perkarangan Galeri Sejarah di pekan KKB.

Tambah beliau, lebih 100 warga KKB hadir bersama bagi memeriahkan suasana Aidilfitri sambil menikmati pelbagai persembahan budaya dari semua kaum termasuk tarian India, orkestra Cina dan juga deklamasi sajak, berbalas pantun, syair serta banyak lagi.

"Sambutan sebegini menunjukkan kepentingan budaya dan sejarah dalam mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat yang pelbagai," ujarnya,

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!