Serangan siber ke atas Israel

Sejumlah kementerian di Israel menjadi sasaran penggodaman sebagai tanda solidariti dengan penduduk Palestin. Foto Agensi
Sejumlah kementerian di Israel menjadi sasaran penggodaman sebagai tanda solidariti dengan penduduk Palestin. Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Sebuah kumpulan penggodam berjaya menceroboh sistem komputer tentera Israel dan mengakses sejumlah besar dokumen ‘rahsia besar’.

Insiden penggodaman itu disahkan kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Anonymous menerusi mesej video dan dilaporkan beberapa rangkaian berita pada Jumaat.

Ia memperoleh kira-kira 20 gigabait data dan satu perempat daripada sejuta dokumen termasuk PDF, fail Word dan slaid PowerPoint.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bagaimanapun menafikan serangan siber berskala besar itu dan mendakwa penggodam telah melancarkan ‘perang psikologi’ terhadap mereka.

Sebelum ini Anonymous pernah mendedahkan insiden penggodaman dilakukan ke atas Kementerian Kehakiman Tel Aviv dan mendapatkan sebanyak lapan juta fail data bersaiz sehingga 300 gigabait.

Pada awal bulan lalu, penggodam digelar sebagai NetHunter turut melancarkan serangan siber ke atas Kementerian Hal Ehwal Tentera dan mengugut mahu menjual data sulit yang dicuri melainkan Israel membebaskan ratusan tahanan Palestin. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!