Penulis watak Ultraman meninggal dunia

Shozo Uehara - Foto Twitter/@J1Studios
Shozo Uehara - Foto Twitter/@J1Studios
A
A
A

PENULIS watak adiwira popular Jepun, Ultraman telah meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Menerusi portal Inquirer, Shozo Uehara meninggal dunia awal Januari lalu akibat menghidapi kanser hati.

Beliau antara penulis asal untuk siri Ultra Q sebelum kemunculan Ultraman.

Uehara menyertai Tsuburaya produksi selepas tamat pengajian di Chuo Universiti dan bakatnya digilap hingga menjadi terkenal.

Menerusi penyertaan di bawah produksi itu, Uehara telah menjadi penulis untuk siri Q sebanyak 21 episod dan menjadi ketua penulis bagi siri Ultraman keempat, The Return of Ultraman.

Selain daripada menjadi perintis siri Ultraman, Uehara melebarkan bakat dalam bidang penulisan di menyertai Toei produksi dan mencipta siri Himitsu Sentai Goranger yang mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Salah satu karya terbaharu beliau termasuk autobiografi 2017 yang bertajuk 'Kijimuna Kids' yang menampilkan kisah dirinya membesar di Okinawa, Jepun, semasa Perang Dunia II.

Difahamkan buku itu memenangi Anugerah Literasi Joji Tsubota pada 2018.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!