Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
BERITA SEMASA 21 APRIL 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat persediaan dua tahun lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16, seterusnya memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri buat penggal kedua.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) bersempena dengan ulang tahun ke-25 PKR dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16) bagi menghadapi PRU16.
Menurutnya, kedua-dua kerangka berkenaan bertujuan untuk mengukuhkan kembali kekuatan daripada akar umbi sehingga ke atas untuk mencipta kekuatan baharu supaya PKR dalam menghadapi PRU16.
Artikel:
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #RafiziRamli