Sorok rokok seludup belakang kotak mainan dalam kontena

Sazali (dua dari kiri) menunjukkan barang mainan yang digunakan sindiket untuk menyorok rokok seludup pada sidang akhbar di Menara Kastam Johor pada Ahad.
Sazali (dua dari kiri) menunjukkan barang mainan yang digunakan sindiket untuk menyorok rokok seludup pada sidang akhbar di Menara Kastam Johor pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Taktik sindiket penyeludupan rokok menggunakan permainan plastik bagi mengaburi mata pihak berkuasa berjaya dipatahkan apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Dalam kejadian pada 26 Mac dan 4 April, sepasukan anggota JKDM di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, menemui lebih 22 juta batang rokok tidak berkastam dianggarkan bernilai RM18.5 juta disembunyikan dibelakang kotak berisi mainan plastik.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, rampasan pertama dibuat pada kira-kira jam 1.45 petang, 26 Mac lalu, membabitkan lebih 11 juta batang rokok tidak berkastam dan 36 kotak berisi mainan plastik kanak-kanak.

Barang mainan kanak-kanak digunakan sindiket penyeludupan rokok untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Barang mainan kanak-kanak digunakan sindiket penyeludupan rokok untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, rampasan kedua pada jam 10.50 pagi, 4 April membabitkan lebih 11 juta batang rokok tidak berkastam dan 33 kotak berisi mainan plastik kanak-kanak.

"Modus operandi sindiket adalah dengan meletakkan kotak berisi mainan plastik kanak-kanak di bahagian hadapan kontena, sementara rokok seludup pula di belakang kontena.

"Sindiket mengikrarkan rokok tidak berkastam dengan membuat pengikraran tidak benar di dalam Borang Kastam 6," katanya pada sidang akhbar di Menara Kastam Johor, di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Sazali berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kontena tersebut dalam perjalanan dari Kemboja ke Mexico.

Artikel Berkaitan:

Katanya, JKDM sedang mengesan pemilik dagangan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana membuat perakuan tidak benar yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!