KPD Lahad Datu antara disiasat kes anak mati tertembak

Laporan Sinar Harian pada 17 April lalu.
Laporan Sinar Harian pada 17 April lalu.
A
A
A

PAPAR - Belum ada keputusan sama ada kematian anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, KPD Lahad Datu antara individu yang disiasat dalam kes ini.

Jauteh ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar dan ADUN Kawang di pekarangan SMK Pengalat, Putatan pada Sabtu.
Jauteh ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar dan ADUN Kawang di pekarangan SMK Pengalat, Putatan pada Sabtu.

"Siasatan ke atasnya dijalankan sebab dia yang memiliki pistol berkenaan.

"Siasatan masih diteruskan dan setakat ini belum ada keputusan (untuk digantung tugas).

"Itu yang kita belum dapat keputusan (kecuaian)... selagi belum ada laporan penuh hasil siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat di sini pada Ahad.

Tambah beliau lagi, siasatan masih diteruskan ketika ini dan belum ada perkembangan terbaharu mengenainya.

Artikel Berkaitan:

"Belum ada lagi (perkembangan), kita masih belum ada yang terbaharu.

"Siasatan masih diteruskan, setakat ini belum ada (keputusan)," katanya.

Terdahulu, dalam kejadian 16 April lalu, anak perempuan KPD Lahad Datu maut dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Mangsa berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya pada jam 12.42 tengah hari.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!