Wujudkan ruangan al-Quran di sekolah agama

Antara sebahagian pelajar SMA Al Ulum Addiniah yang terlibat dalam program #QuranHour pada Ahad.
Antara sebahagian pelajar SMA Al Ulum Addiniah yang terlibat dalam program #QuranHour pada Ahad.
A
A
A

RAUB - Satu ruangan al-Quran akan diwujudkan di semua sekolah agama di negeri ini dalam usaha menyuburkan lagi amalan membaca dan menghayati kitab suci umat Islam itu.

Pengerusi Pertubuhan Rumah Ngaji Pahang, Md Abdu Sahak berkata, usaha berkenaan akan dijalankan dalam tempoh terdekat selepas mengadakan satu perjumpaan dengan pihak berkaitan untuk pelaksanaan program terbabit.

Md Abdu
Md Abdu

"Kita akan menjadikan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Ulum Addiniah Dong di sini untuk perintis program ini nanti.

"Usaha ini untuk menetapkan kefahaman lebih meluas menerusi aktiviti tadabbur dalam kalangan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas #QuranHour, 4 Proses Reset Surah Al-Jumu'ah sempena Karnival Semarak Kasih SMA Al Ulum Addiniah Dong di sini pada Ahad.

Dalam majlis yang bermula jam 11 pagi itu, pentadabbur dikendalikan Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Shamsul Hakim Abdul Samad dan qari, Halim Zainuddin.

Pengetuanya, Kamal Sahi memberitahu, pihaknya menyokong penganjuran program #QuranHour yang juga menjadi perintis buat SMA di Pahang.

Artikel Berkaitan:

Kamal
Kamal

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang memberitahu, usaha itu amat dialu-alukan dan memberikan banyak manfaat kepada warga sekolah.

"Bagi program #QuranHour pula, ia adalah penglibatan secara langsung buat pertama kalinya selepas penyertaan sebelum ini melibatkan agensi-agensi lain," jelasnya yang memberitahu terdapat 18 SMA di bawah kerajaan negeri Pahang.

Pelajar SMA Al Ulum Addiniah Dong bergambar kenangan bersama Mohd Shamsul (tiga dari Kiri,depan), Halim(empat dari Kiri,depan), Md Abdu(dua dari kiri, depan) dan Kamal(lima dari kiri, depan).
Pelajar SMA Al Ulum Addiniah Dong bergambar kenangan bersama Mohd Shamsul (tiga dari Kiri,depan), Halim(empat dari Kiri,depan), Md Abdu(dua dari kiri, depan) dan Kamal(lima dari kiri, depan).

Sementara itu, Mohd Shamsul memberitahu, tahun ini Surah al-Jumu'ah menjadi pilihan dalam penganjuran program berkenaan.

Surah tersebut adalah salah satu daripada tujuh surah musabbihat dengan menjadikan hari Jumaat, hari perkumpulan umat Islam setiap minggu sebagai momentum penting bagi transformasi minda ummah seluruh dunia.

Berpandukan surah itu, terdapat empat proses iaitu tilawah, tazkiyah, ta'lim bil Kitab dan ta'lim hil Hikmah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!