Cubaan PATI sembunyi atas siling rumah gagal

PATI yang bersembunyi di atas siling rumah bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Foto JIM Johor
PATI yang bersembunyi di atas siling rumah bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Foto JIM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bersembunyi di atas siling rumah antara tindakan dilakukan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Bagaimanapun tindakan mereka itu dapat dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Sapu di Taman Daya pada Jumaat lalu.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, sebanyak 13 buah premis diserbu hasil maklumat awam yang menyatakan terdapat sejumlah warga asing tinggal tanpa pas dan permit yang sah di kawasan tersebut.

Menurut beliau, seramai 93 warga asing diperiksa dengan 44 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

Tindakan PATI bersembunyi di atas siling berjaya dikesan anggota imigresen yang melakukan serbuan. Foto JIM Johor
Tindakan PATI bersembunyi di atas siling berjaya dikesan anggota imigresen yang melakukan serbuan. Foto JIM Johor

"Mereka yang ditahan membabitkan 20 lelaki dan 13 wanita serta seorang bayi perempuan warga Indonesia. Turut ditahan sembilan lelaki dan seorang wanita warga Myanmar.

"Mereka yang ditahan berusia lingkungan 11 bulan hingga 55 tahun. Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mereka yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki pas atau permit sah untuk berada di Malaysia dan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, sebanyak dua notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu dalam operasi berkenaan bagi membantu siasatan.

Anggota imigresen memeriksa warga asing ketika Ops Sapu di Taman Daya Johor Bahru.
Anggota imigresen memeriksa warga asing ketika Ops Sapu di Taman Daya Johor Bahru.

"Usaha penguatkuasaan di seluruh Johor akan ditingkatkan bagi membanteras isu kebanjiran PATI di negeri ini.

"PATI digalakkan menyertai Program Repatriasi Migran yang berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2024 yang membenarkan mereka pulang ke negara asal secara sukarela," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!