‘Tidak mustahil Palestin dibebaskan oleh masyarakat Eropah’ - Mat Sabu

Mohamad ketika mengadakan demonstrasi membantah kekejaman yang dilakukan rejim Israel pada 5 April lalu. - Foto: FB Mohamad Sabu. Tangkap layar hantaran Mohamad di Facebook pada Ahad.
Mohamad ketika mengadakan demonstrasi membantah kekejaman yang dilakukan rejim Israel pada 5 April lalu. - Foto: FB Mohamad Sabu. Tangkap layar hantaran Mohamad di Facebook pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu memberi gambaran bahawa tidak mustahil Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat Eropah kerana mereka lebih memahami nilai kemanusiaan dan penderitaan dihadapi rakyat wilayah berkenaan ketika ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, ia kerana rakyat Eropah tetap keluar dan mengadakan demonstrasi bagi mengecam kezaliman Zionis Israel sepertimana dilihat di Belgium, Madrid, New York, Washington serta beberapa ibu kota lain.

“Mereka menekan kerajaan untuk ubah pendirian terhadap kezaliman Israel tetapi di dunia Islam jumlah yang keluar berdemonstrasi semakin mengecil dari hari ke hari.

“Kita biasa dengar suara umat Islam mengecam kekejaman Israel dan sekutu kuatnya seperti Amerika Syarikat serta Britain.

“Malangnya kita jarang dengar umat Islam mengecam Arab dan negara Islam lain yang terus memberikan talian hayat dengan menjalinkan kerjasama bersama mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza, terutamanya Bandaraya Gaza serta wilayah utara selama tujuh bulan berturut-turut

Terbaharu, menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), seorang kanak-kanak maut setiap 10 minit di Semenanjung Gaza berikutan Israel terus-menerus membedil wilayah terbabit.

Ahli Parlimen Kota Raya itu turut menambah, masyarakat Islam di negara ini bahkan tidak pernah mendengar pelajar universiti yang menuntut di Mesir, Madinah, Makkah dan lain-lain untuk turun padang bagi mengadakan demonstrasi membela nasib rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan:

“Yang kita dengar hanyalah ribuan pelajar di negara barat seperti Universiti John Hopkin dan Harvard turun membantah genosid dilakukan rejim Israel,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!