Lelaki Alaska diselamatkan

Tyson dilihat melambai tangan kepada pasukan penyelamat, turut kelihatan isyarat kecemasan SOS. - Foto Instagram ak_trooper
Tyson dilihat melambai tangan kepada pasukan penyelamat, turut kelihatan isyarat kecemasan SOS. - Foto Instagram ak_trooper
A
A
A

ALASKA - Bagaikan babak filem Cast Away, itu pengalaman seorang pemuda Amerika Syarikat ditemui selamat setelah kabin dihuninya terbakar di Alaska.

Memetik BBC, Tyson Steele, 30, berdepan dengan cuaca sejuk sangat ekstrim (-26C) selama 23 hari, sebelum pasukan penyelamat menemuinya.

Kawasannya jauh dari penempatan sejauh 20 batu itu ternyata menyukarkan dia untuk meminta pertolongan daripada orang ramai.

Ekoran kabin itu jauh, Tyson mengambil inisiatif membina pondok perlindungan daripada sisa kebakaran dan tidur dalam beg tidur dilengkapi jaket serta hanya makan makanan dalam tin sahaja.

Bercerita lanjut, Tyson berkata, kebakaran berlaku berpunca daripada kesilapannya ketika mahu menghidupkan api hingga api merebak pada keseluruhan kabin.

Anjing peliharaan Tyson iaitu Phil juga turut terkorban dalam kebakaran tersebut.

Katanya, bimbang keadaan berlarutan, dia mengukir kod kecemasan SOS di atas salji menunggu pasukan penyelamat atau sesiapa sahaja membawanya keluar dari kawasan berkenaan.

Sementara itu, ahli keluarganya membuat laporan kehilangannya Tyson dan gerakan mencari dan menyelamat dilakukan kadar segera.

Artikel Berkaitan:

Ketika ditemui, Tyson dalam keadaan lemah kerana kekurangan nutrisi.

Baru-baru ini tular di laman sosial rakaman gerakan mencari Tyson oleh pasukan penyelamat Alaska, sekali gus mencuri perhatian netizen.

Difahamkan Tyson menghuni kabin itu seorang diri sejak ia dibeli daripada seorang veteran perang Vietnam pada September tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!