Dua anggota polis disyaki lakukan pemerasan kembali bertugas

Raub (kiri), Laporan Sinar Harian.
Raub (kiri), Laporan Sinar Harian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua anggota polis yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki akan kembali bertugas sehingga dikenakan perintah tahanan kerja.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, perintah tahanan reman terhadap kedua-dua anggota polis berkenaan berkenaan tamat pada Isnin.

Jelasnya, memandangkan masih tiada perintah tahan kerja mereka akan kembali bertugas.

“Mereka akan kembali bertugas sehingga ada arahan Perintah Tahan Kerja atas mereka. Buat waktu ini, mereka masih berkhidmat di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sebelum pada Ahad, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dilaporkan berkata, beliau mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk menghantar surat cadangan mendapatkan perintah tahan kerja kepada Bukit Aman.

Pada 5 April lalu, dua anggota polis yang bertugas di BSI ditahan bagi membantu pemerasan terhadap seorang lelaki dengan meminta membayar RM2,000 bagi tidak mengambil tindakan kerana mempunyai rekod kesalahan lampau dalam kejadian awal bulan ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!