Nestle Malaysia lancar Peraduan Gaji Seumur Hidup 2024

Juan Aranols (kiri) melakukan gimik pelancaran Nestlé Peraduan Gaji Seumur Hidup di Menara KEN TTDI pada Isnin. Foto Sinar Harian-Mohd Halim Abdul Wahid
Juan Aranols (kiri) melakukan gimik pelancaran Nestlé Peraduan Gaji Seumur Hidup di Menara KEN TTDI pada Isnin. Foto Sinar Harian-Mohd Halim Abdul Wahid
A
A
A

SELEPAS kejayaan penganjuran pada 2020, Nestlé Malaysia tahun ini kembali melancarkan Peraduan 'Gaji Seumur Hidup' bernilai RM4 juta yang bakal memanfaatkan hampir 700 rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, pada tahun ini, kempen yang dianjurkan mulai 1 Mei hingga 30 Jun ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM4 juta untuk dimenangi sekali gus mengubah kehidupan pemenang bertuah.

Menurutnya, peraduan itu menawarkan hadiah sagu hati, mingguan dan harian yang menarik serta dua rakyat Malaysia bertuah akan dipilih menerima hadiah utama berupa gaji seumur hidup selain peserta akhir peraduan juga akan memilih 17 badan amal yang bakal menerima sumbangan syarikat.

Juan Aranols (kiri) bergambar bersama pemenang hadiah utama pada 2020, Amirrul Hafiz Razak pada Majlis Pelancaran Nestlé Peraduan Gaji Seumur Hidup di Menara KEN TTDI pada Isnin. Foto Sinar Harian-Mohd Halim Abdul Wahid
Juan Aranols (kiri) bergambar bersama pemenang hadiah utama pada 2020, Amirrul Hafiz Razak pada Majlis Pelancaran Nestlé Peraduan Gaji Seumur Hidup di Menara KEN TTDI pada Isnin. Foto Sinar Harian-Mohd Halim Abdul Wahid

“Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup benar-benar mencerminkan matlamat kami untuk menambah baik kualiti kehidupan, menyediakan platform untuk rakyat Malaysia merebut peluang mencapai impian masing-masing, sambil memberikan sokongan kewangan kepada badan-badan amal untuk menambah baik kehidupan golongan memerlukan.

“Menerusi kempen ini dan pelbagai lagi inisiatif yang kami laksanakan, kami komited untuk memacu perubahan positif bagi rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat,” katanya pada Majlis Pelancaran Edisi Terbaharu Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup di Menara KEN, TTDI di sini pada Isnin.

Pelancaran itu turut menampilkan salah seorang pemenang hadiah utama pada 2020, Amirrul Hafiz Razak, 36, dari Temerloh, Pahang.

Aranols berkata, peraduan itu dilancarkan buat kali pertama pada 2020 apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19 bermula dengan menawarkan hadiah wang tunai lebih RM4 juta yang memanfaatkan 850 rakyat Malaysia pada masa sukar.

Artikel Berkaitan:

Juan Aranols bersama Amirrul Hafiz ketika sesi bersama pihak media pada Isnin. Foto Sinar Harian-Mohd Halim Abdul Wahid
Juan Aranols bersama Amirrul Hafiz ketika sesi bersama pihak media pada Isnin. Foto Sinar Harian-Mohd Halim Abdul Wahid

“Dua pemenang hadiah utama dipilih dalam kalangan 17 peserta akhir bagi membawa pulang Gaji Seumur Hidup sebanyak RM3,000 sebulan.

“Nestlé Malaysia juga menyumbangkan RM684,000 kepada 17 badan amal yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini, masing-masing dipilih 17 peserta akhir,” katanya.

Bagi menyertai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, rakyat Malaysia hanya perlu membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai RM20 dalam satu resit.

Pelanggan juga boleh menghantar lebih daripada satu resit dengan syarat memenuhi pembelian minimum ditetapkan sebagai bukti sahih untuk merebut peluang sekali seumur hidup ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!