4 beradik autisme berazam wakili negara dalam kejohanan catur dunia
BERITA SEMASA 22 APRIL 2024
Penyertaaan empat beradik yang mengalami masalah austim pada Kejohanan Catur Kebangsaan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, Johor, menarik perhatian ramai yang kagum dengan semangat mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Mohd Amin.
Mohd Danish Arif Mohd Afif, 16; Ainul Mardhiah, 14 ; Abdurrahman, 12, dan Aishah, 11, bukan nama asing dalam pertandingan catur kerana masing-masing sudah melakar nama di peringkat kebangsaan dan dunia.
Bapa mereka, Mohd Afif Md Nasir, 42, berkata penyertaan keempat-empat anaknya pada kejohanan kali ini diharap dapat membuka peluang mereka mewakili negara ke Budapest, Hungary bagi 45th Chess Olympiad.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #EmpatBeradikAustim #SertaiKejohahCatur