Helikopter terhempas: TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dua buah helikopter terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada Selasa.

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam satu kenyataan berkata, Lembaga Siasatan itu akan melakukan siasatan berhubung sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter Fennec TLDM telah terhempas jam 9.32 pagi ini.

Kata kenyataan itu, insiden tersebut melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.

"Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman," kata kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!