Helikopter terhempas: TLDM Kota Kinabalu adakan bacaan Yasin, tahlil

Warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil di di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM di Kota Kinabalu.
Warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil di di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Majlis bacaan Yasin dan tahlil kru yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak telah dilaksanakan di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM di sini.

Dalam hantaran yang dikeluarkan di Facebook Markas Pemerintahan Armada Timur, warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa nahas insiden tersebut yang berlaku pada pagi tadi.

"Sesungguhnya pemergian Allahyarham dan Allahyarhamah adalah satu kehilangan besar kepada negara.

"Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkannya akan mendapat sebaik-baik ganjaran di sisi ALLAH SWT," tulisnya pada Selasa.

Hantaran tersebut turut mendoakan kesemua mangsa dan diiringi dengan surah Al-Fatihah.

"Kami mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan bersemadi bersama orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Turut dikongsikan beberapa gambar bacaan Yasin dan tahlil yang diadakan di masjid tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!