Aston Villa yakini kepimpinan Emery

Emery
Emery
A
A
A

ASTON Villa bersetuju menyambung kontrak baharu pengendali Unai Emery yang menyaksikan bekas pengurus Arsenal kekal di Villa Park sehingga 2027, kata pasukan Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyertai Villa pada Oktober 2022 membantu kelab dari Birmingham tersebut menduduki tempat ketujuh liga, kempen terbaik sejak 2009/10.

Villa sebelum itu menduduki tempat ke-14 pada musim 2008/09, menyasarkan 2023/24 untuk menduduki tempat keempat teratas dalam liga sejak 1995/96.

Anak buah Emery juga telah layak ke separuh akhir Liga Konferensi Europa, separuh akhir utama Eropah pertama dalam tempoh 42 tahun.

“Kita mesti mengekalkan semangat bekerja keras, keputusan bijak dan penyelarasan dengan pemilik yang kita temui selama ini.

"Cita-cita sudah, dan mesti sentiasa menjadi, moto projek ini," tambah Emey yang bekas pengurus Paris St Germain dan Arsenal itu.

Sebagai rekod, Villa, yang melayan kunjungan Chelsea pada Sabtu, berada di tangga keempat liga dengan 66 mata daripada 34 perlawanan, enam mata di depan Tottenham Hotspur di tangga kelima yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!