Hentikan komen cetus ketegangan agama

Media sosial - Foto 123RF
Media sosial - Foto 123RF
A
A
A

SEHINGGA hari ini, netizen masih lagi bergaduh antara satu sama lain di media sosial. Paling membimbangkan apabila ia melibatkan isu agama dan kaum.

Apabila ada sesuatu berita yang menyentuh mengenai isu-isu agama dan kaum walaupun dilaporkan secara positif, ia dibaca dalam konteks yang sempit.

Seterusnya muncul komen-komen negatif yang menghentam, menghina dan mencaci orang lain.

Adalah amat malang apabila komen-komen yang dimuat naik juga tidak seiring dengan penampilan dan latar belakang setiap individu.

Ya, benar kita perlu mempertahankan agama yang dianuti tetapi janganlah sampai kita menghina agama lain kerana perbuatan tersebut bukan sahaja memberikan imej buruk kepada agama kita sendiri malah ia menyebabkan penganut agama lain marah.

Bagi orang Islam, al-Quran telah menjelaskan dalam surah al-An'am ayat 108: “Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain ALLAH, kerana mereka kelak akan memaki ALLAH dengan melampui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat baik perbuatan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat mereka kembali, lalu Dia akan beritahukan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.”Bahkan setiap agama di dunia ini mengajak penganutnya untuk hidup secara bertoleransi, harmoni, hidup aman dan damai serta berkelakuan dengan cara yang baik.

Oleh itu bertepatan dengan kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia & Global Harmony yang digerakkan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, semua pihak sewajarnya menjayakan kempen tersebut bersama-sama.

Sebagai netizen, permulaan yang paling mudah adalah dengan menghentikan segala komen-komen negatif di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Ia tidak mustahil dilakukan kerana apabila setiap seorang daripada kita mula menamatkan komen-komen negatif dan beralih kepada komen-komen positif maka aura negatif yang selama ini menguasai media sosial dapat dihentikan.

Mulakan dari sekarang kerana kitalah penentu keharmonian negara!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!