redONE Mobile umum pemenang bertuah 'Gadgetzilla Giveaway'
PENGENDALI Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO), redONE Network Sdn Bhd (redONE) mengumumkan pemenang bertuah pertandingan ‘Gadgetzilla Giveaway’ yang membawa pulang hadiah utama iaitu Macbook Air di pejabat pusatnya di Puchong pada 18 April lalu.
Pemenang utama, Farah Erishah Khiril Akhmal dan Mohamed Sufi Mohamed Sin membawa pulang Macbook Air manakala penerima hadiah lain iaitu Dines Murugan serta Muhammad Fadhil Mohd Azman menerima Samsung Tab A7 Lite.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, kempen yang berlangsung sejak 1 November hingga 31 Disember tahun lalu bertujuan memberdayakan pelajar dan belia dari segi akademik, kerjaya serta pembangunan peribadi melalui langganan pelan tanpa had redONE Postpaid UX40 atau Postpaid Pakej Belia Amazing38.
Menurut beliau, pelan tanpa had redONE Postpaid UX40 secara eksklusif menyediakan internet dan panggilan tanpa had buat pelajar universiti manakala pelan tanpa had redONE Postpaid Pakej Belia Amazing38 menawarkan pengembalian rebat bil sebanyak RM5 sebulan.
“Pelanggan dapat menikmati fleksibiliti tanpa terikat dengan kontrak dan meringankan perjalanan mereka sebagai pelajar universiti atau profesional muda.
“Mereka yang berdaftar dengan mana-mana pelan ini secara automatik berhak menyertai ‘Gadzetzilla Giveaway’ selain berpeluang memenangi peranti bernilai sehingga RM20,000 dan 29 pemenang bulanan serta mingguan telah dipilih,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Selain daripada Macbook Air, terdapat hadiah menarik lain yang disediakan termasuk Xiaomi Buds, Mi Watch, Samsung Galaxy Tab dan baucar pusat membeli belah.
Sementara itu, Ameen turut menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada semua peserta di atas penglibatan yang bersemangat sepanjang kempen tersebut berlangsung.
"Saya gembira dan berbesar hati bertemu dengan pemenang pertandingan yang juga pelanggan redONE Mobile.
“Pertandingan ini dilancarkan sebagai cara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami di atas sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
“Kami berharap dapat menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan serta ganjaran yang menarik kepada pelanggan pada masa hadapan." ujar beliau lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!