Buruh ditahan amang seksual budak perempuan dalam lif

Polis menahan seorang lelaki Indonesia disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan semasa berada di dalam lif di sebuah apartmen di Jalan Pandan Perdana, di Ampang pada Isnin. Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki Indonesia disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan semasa berada di dalam lif di sebuah apartmen di Jalan Pandan Perdana, di Ampang pada Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Polis menahan seorang lelaki Indonesia disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan semasa berada di dalam lif di sebuah apartmen di Jalan Pandan Perdana, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 malam.

"Mangsa berusia 11 tahun tujuh bulan berada di dalam lif untuk turun ke kedai runcit sebelum seorang lelaki bertanyakan kepada mangsa nama dan nombor telefon.

"Namun, mangsa tidak mengendahkan sebelum suspek bertindak memegang tangan dan punggung mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, susulan itu, polis telah menahan suspek yang juga lelaki Indonesia berusia 32 tahun dan bekerja sebagai buruh.

Katanya, ujian air kencing didapati negatif dadah selain suspek tidak mempunyai rekod lampau.

"Suspek telah direman tujuh hari sehingga 30 April untuk disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!