Noor Rahiza dikebumikan berhampiran pusara ibu

Anak Allahyarham Noor Rahiza membaca doa untuk arwah ibu tercinta di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat pada malam Rabu.
Anak Allahyarham Noor Rahiza membaca doa untuk arwah ibu tercinta di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat pada malam Rabu.
A
A
A

YAN - Suasana pilu mengiringi pengebumian Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat di sini pada malam Rabu.

Jenazah Allahyarham yang tiba di masjid itu pada jam 9.07 malam selamat dikebumikan pada jam 9.55 malam.

Sebelum itu, jenazah tiba di rumah keluarganya di Taman Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni di sini, pada jam 8.40 malam sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan.

Upacara pengebumian Noor Rahiza kemudiannya disempurnakan dengan penuh istiadat ketenteraan.

Jenazah dikebumikan berhampiran pusara ibu tercinta, Ratipa Yahaya yang meninggal dunia pada Julai tahun lepas.

Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan serta penduduk turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Solat jenazah Noor Rahiza dilakukan di Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat pada malam Rabu.
Solat jenazah Noor Rahiza dilakukan di Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat pada malam Rabu.

Sebelum jenazah tiba, hujan renyai mula membasahi kawasan sekitar tanah perkuburan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan jenazah Noor Rahiza akan dibawa pulang ke kediaman keluarganya terlebih dahulu sebelum dikebumikan.

Abang sulungnya, Abdul Latif Anuar, 46, berkata, jenazah adik ketiga daripada lima beradik itu akan dibawa ke rumah dahulu bagi membolehkan ahli keluarga terutamanya bapa mereka, Anuar Hassan,70-an, membuat penghormatan terakhir.

Allahyarham adalah seorang dari 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter yang terhempas di Pangkalan TUDM Lumut, Perak pada Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!