'Macam baru tendang bola'

Penyerang Chelsea, Nicolas Jackson (tengah) bernasib baik tidak dilayangkan kad merah kerana memijak kaki pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu. Foto Agensi
Penyerang Chelsea, Nicolas Jackson (tengah) bernasib baik tidak dilayangkan kad merah kerana memijak kaki pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu. Foto Agensi
A
A
A

CHELSEA beraksi seperti 'budak baru belajar bermain bola sepak' ketika dibantai Arsenal 5-0 di Emirates, kata bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Rio Ferdinand.

Menurut legenda Manchester United itu, persembahan dipamerkan anak buah Mauricio Pochettino pada perlawanan tersebut amat memalukan bagi kelab sebesar Chelsea.

Ferdinand percaya, sebahagian besar pemain The Blues masih belum pulih daripada kekecewaan akibat gagal meloloskan diri ke pentas final Piala FA selepas tewas kepada Manchester City di Wembley pada Sabtu lalu.

“Chelsea tidak layak untuk mendapat apa-apa daripada perlawanan ini.

“Melihat cara Chelsea bermain di Emirates seperti melihat sekumpulan kanak-kanak menentang orang dewasa.

"Ya, Chelsea mempunyai skuad yang muda tetapi jika mereka terus bermain seperti ini, mereka tidak akan ke mana-mana," kata Ferdinand.

Ketiadaan Cole Palmer di barisan serangan akibat selesema ternyata menjejaskan rentak The Blues yang kini menghuni tangga kesembilan EPL.

Palmer ketika ini berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak EPL dengan penggempur City, Erling Haalnd dengan 20 gol.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!