Tembak di KLIA: Hafizul berdepan pertuduhan cubaan bunuh, mencederakan

Hafizul memakai baju lokap berwarna hitam dan berpelitup muka dikawal ketat anggota D9 sejurus dibawa keluar dari kenderaan dari penjara ke Mahkamah Sesyen Sepang, pada Khamis.
Hafizul memakai baju lokap berwarna hitam dan berpelitup muka dikawal ketat anggota D9 sejurus dibawa keluar dari kenderaan dari penjara ke Mahkamah Sesyen Sepang, pada Khamis.
A
A
A

SEPANG - Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini dua minggu lalu tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.15 pagi Khamis.

Difahamkan lelaki ini akan berdepan dua pertuduhan iaitu kes cubaan membunuh dan sengaja mendatangkan kecederaan.

Hafizul Hawari, 38, yang memakai baju lokap berwarna hitam dan berpelitup muka dikawal ketat anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) sejurus dibawa keluar dari kenderaan.

Pada Rabu, Hafizul didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, atas tujuh pertuduhan, iaitu memiliki pistol, peluru, mercun bola, tiga MyKad milik individu berbeza dan memandu kereta jenis Honda Civic menggunakan nombor pendaftaran palsu, berdekatan sebuah hospital swasta daerah itu, pada jam 2 petang, 15 April lalu.

Dia tidak dibenarkan untuk diikat jamin bagi pertuduhan memiliki pistol, peluru dan mercun bola, namun diberi ikat jamin berjumlah RM20,000 bagi empat pertuduhan lain.

Mahkamah itu turut membenarkan tertuduh dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh dan menetapkan sebutan semula pada 23 Mei depan.

Pada 14 April lalu, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi wanita itu di Balai Ketibaan KLIA, di sini.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan:

Suspek terus melarikan diri sebelum diberkas pihak polis di Kota Bharu, sehari kemudian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!