Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Kesihatan mantan Perdana Menteri itu disahkan sendiri oleh ahli keluarganya menerusi kenyataan pada Khamis.
"Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik, namun memerlukan rehat yang secukupnya.
"Pihak keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan.
"Tetapi, pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini," jelasnya. - Awani
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!