Pemandu lori tersepit, nahas lima kenderaan

Sebuah lori tanah terbalik dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Salak Tinggi menghala Sepang dekat sini pada Khamis.
Sebuah lori tanah terbalik dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Salak Tinggi menghala Sepang dekat sini pada Khamis.
A
A
A

SEPANG - Pemandu sebuah lori tanah tersepit manakala seorang individu cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan dalam kejadian di Jalan Salak Tinggi menghala Sepang dekat sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.29 pagi.

"Seramai 13 anggota bersama dua buah jentera dan sebuah EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat.

"Antara kenderaan terlibat termasuk sebuah lori membawa muatan tanah terbabas ke bawah jejambat serta terbalik, terdapat seorang lelaki berumur 50an yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Antara kenderaan terlibat dalam kemalangan di Jalan Salak Tinggi menghala Sepang dekat sini pada Khamis.
Antara kenderaan terlibat dalam kemalangan di Jalan Salak Tinggi menghala Sepang dekat sini pada Khamis.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki itu berjaya dikeluarkan anggota bomba pada jam 11.28 pagi.

"Selain itu, kemalangan turut melibatkan sebuah treler membawa muatan tanah serta tiga kereta.

"Seorang lagi mangsa berumur lingkungan 40an yang mengalami cedera ringan kemudiannya dibawa Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, anggota bomba turut menjalankan pemeriksaan pada lori tanah yang terbalik bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline Pemandu sebuah lori tanah tersepit manakala seorang individu cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan dalam kejadian di Jalan Salak Tinggi menghala Sepang dekat sini pada Khamis. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.29 pagi. #fyp#SinarHarian #SinarTerkini #kemalanganjalanraya original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!