'Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih sayang' - Siti Aisyah

Gambar Siti Aisyah bersama Allahyarham yang dikongsikan di Faceboknya ketika hari ulang tahun perkahwinannya. Foto kanan: Jenazah Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada Rabu.
(Foto FB Siti Aisyah)
Gambar Siti Aisyah bersama Allahyarham yang dikongsikan di Faceboknya ketika hari ulang tahun perkahwinannya. Foto kanan: Jenazah Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada Rabu. (Foto FB Siti Aisyah)
A
A
A

SEREMBAN - "Mulut abang tak pernah lekang dengan ucapan terima kasih. Terima kasih abang itu selalu buat sayang rasa dihargai."

Demikian luahan isteri kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa di Facebook miliknya pada Khamis.

Siti Aisyah Mohd Roslan, 34, turut menzahirkan rasa syukur susulan urusan pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pada Rabu berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan, selamat jalan abang. Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang.

"Lepas ni sayang dah tak dengar abang akan cakap terima kasih sayang hantar anak sekolah, terima kasih sayang masak sedap-sedap, terima kasih sayang jaga anak-anak, terima kasih sayang bawa anak-anak pergi hospital," tulisnya.

Kini katanya, dia pula ingin mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham suaminya itu kerana menjaganya dengan anak-anak, menjadi suami dan ayah yang baik, serta menantu yang baik buat ibu dan ayahnya.

Siti Aisyah memegang lipatan Jalur Gemilang semasa Istiadat Pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada Rabu. Foto Bernama
Siti Aisyah memegang lipatan Jalur Gemilang semasa Istiadat Pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada Rabu. Foto Bernama

"Pergilah abang, sayang dah reda, sayang kuat. Abang jangan risau sebab abang pernah cakap, abang tahu sayang mampu jaga anak-anak abang. Anak-anak itu lah harta yang abang tinggalkan untuk sayang. Sayang dan anak-anak sentiasa mengingati dan merindui abang," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Siti Aisyah juga memaklumkan hari ini adalah hari lahirnya malah bulan April adalah bulan yang disukainya.

"Abang, hari ini hari jadi sayang. Setiap kali bulan April, sayang mesti suka sebab abang lahir 3 April 1989. Anniversary ibu dan ayah abang 3 April 1988, ibu abang lahir 5 April 1965, anniversary kita 15 April 2016, Affan lahir 21 April 2022 dan sayang lahir 25 April 1992.

"Lepas ini bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang, 23 April 2024 hari pemergian abang untuk selama-lamanya," tulisnya.

TLDM pada Selasa mengesahkan 10 anggotanya meninggal dunia dalam kejadian jam 9.32 pagi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan berkata, mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita merupakan anggota dari Pangkalan TLDM Lumut dan Kota Kinabalu.

Menurutnya, semasa kejadian, semua kru terlibat sedang mengikuti sesi latihan sempena perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!