Penjawat awam perlu cepat laksana tugas - PM

Anwar (tengah) bercakap pada Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri PPTD bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis. Foto Bernama
Anwar (tengah) bercakap pada Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri PPTD bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Penjawat awam tidak boleh lagi menggunakan cara lama dalam melaksanakan segala dasar yang diumumkan kerajaan.

Sebaliknya kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penjawat awam perlu mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas agar dasar dapat dilaksanakan segera.

"Kadang-kala saya rasa lemas. Saya bukan muda lagi, sepatutnya saya lebih perlahan tetapi kadang-kadang saya lebih laju daripada yang umur 40-an, macam mana?," katanya dalam ucapan pada sesi libat urus Lebaran Aidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di sini pada Khamis.

Ujar beliau, amalan cara lama tak mungkin memberi kejayaan kepada pentadbiran dan negara.

"Apabila ada keputusan Jemaah Menteri, disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha, kalau kita guna cara lama, tak mungkin boleh berjaya.

"Inilah sebabnya mengapa saya katakan, kepesatan dan kecepatan, kelulusan itu sangat mendesak,” tegas Anwar.

Menurutnya, penjawat awam boleh memberi input segera sekiranya merasakan keputusan yang dibuat Jemaah Menteri tidak bijak.

“Mana-mana keputusan, kalau saudara, merasakan ini keputusan Jemaah Menteri tidak bijak, jadi segera bagi input tetapi apabila keputusan sudah dibuat, penjawat awam mesti jalankan dasar.

Artikel Berkaitan:

"Yang ini dasar baharu bukan sahaja bagi saudara malah kepada saya,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!