Kelantan draf pindaan enakmen kawalan hiburan
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menyediakan draf pindaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, yang akan dibentangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, perkara itu dilakukan bertujuan memperkasakan pematuhan kepada enakmen yang sedia ada.
"Enakmen sedia ada ini sudah lama dikuatkuasakan sejak diwartakan pada 1998 dan dengan pindaan baharu ini sekali gus menjadikan kadar denda dan hukuman penjara akan dinaikkan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, banyak klausa baharu perlu dimasukkan untuk disesuaikan dengan situasi semasa terutama mengenai tafsiran kepada hiburan dan aktiviti jualan tiket, tontonan serta promosi hiburan secara dalam talian. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!